Purata suhu cuaca di Malaysia ialah 35͒ C dan tahap kelembapan 100%. Oleh itu, permintaan penghawa dingin tinggi walaupun ia menggunakan tenaga elektrik yang tinggi hanya untuk keselesaan. Jika anda boleh mengurangkan penggunaan penghawa dingin anda boleh menjimatkan duit dari bil elektrik.
Anda perlu memperbanyakan pengetahuan tentang penghawa dingin dengan ini anda tidak lagi akan melakukan pembaziran. Kita pasti ingin berjimat dan mahukan cara paling berkesan dalam menguruskan sesuatu. Tetapi ada yang percaya bahawa membiarkan penghawa dingin terbuka walaupun ketika tiada di rumah adalah lebih menjimatkan.
Teori: Lebih Panas Rumah Lebih Tenaga Yang Diperlukan Oleh Penghawa Dingin.
Jika anda membiarkan penghawa dingin digunakan setiap masa walaupun tiada di rumah adalah tidak bagus kerana ia akan menyebabkan tenaga lebih tinggi. Ia juga boleh memendekkan jangka hayat penghawa dingin anda.
Anda hendaklah mencegah tabiat ini, dan akan merasakan perbezaan bil elektrik anda. Kebanyakan orang tidak sedar bahawa dengan mengubah suhu thermostat hanya 1 darjah sahaja boleh menyebabkan aircond anda bekerja lebih 5% – anda boleh berjimat atau membuang duit dalam jangka masa panjang. Di bawah ialah beberapa cara untuk kekal dingin dan tenaga penghawa dingin yang lebih jimat.
6 Cara Anda Jimat Bil Elektrik
- Tutup Suis Utama
Suis utama perlu ditutup setiap kali menutup suis penghawa dingin. Jika anda melakukan tabiat ini anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah. Walaupun anda menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
- Set Masa
Tukarkan ke (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin secara automatik. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik. Ketika tidur, suhu badan kita menurun jadi kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk cukup hanya keselesaan ketika kita hendak tidur.
- Tetapan Suhu
Anda perlu buat tetapan suhu 24͒ C atau lebih kerana ia adalah suhu selesa. Jika anda menetapkan suhu 18͒ C ini akan memaksa kompresor anda perlu bekerja keras untuk mencapai suhu tersebut. Anda akan jimat elektrik bila kompresor tidak digunakan. Semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
- Penggunaan Kipas
Sebelum anda menggunakan penghawa dingin penggunaan kipas digalakkan untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penghawa dingin. Penggunaan kipas tidak akan meningkatkan tenaga elektrik ia hanya untuk menyebarkan udara sejuk. Ia juga dapat menghilang udara panas di sekeliling badan kita.
- Penukaran Penapis
Anda hendaklah sentiasa memastikan penapis udara dalam keadaan bersih kerana ia akan menggunakan lebih tenaga 10 hingga 30 peratus dan jangka hayat lebih pendek. Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
- Tetapkan Penyelenggaraan Untuk Penghawa Dingin Anda
Anda perlu menggunakan perkhidmatan pakar jika ia mengeluarkan udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.