Kawasan seperti Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Damansara yang suhunya 30͒ C dengan kelembapan lebih 75% sangat sukar untuk bekerja disebabkan cuaca yang sangat panas. Oleh itu, penghawa dingin sangat diperlukan untuk keselesaan harian. Jika anda ingin penghawa dingin pada tahap yang maksimum, dinasihatkan untuk menyelenggara sekali setiap 3 bulan tanpa gagal.

Jika anda menggunakan penghawa dingin bagi tujuan komersial, anda perlu menyelenggara sekali setiap bulan. Tujuannya untuk mengelakkan masalah utama, mengelak dari kerosakan besar, bil elektrik yang tinggi dan membantu untuk jangka hayat yang panjang serta mengekalkan penyejukan dan keselesaan anda.

image from 123rf.com

Penghawa dingin mempunyai keperluan dan teknik yang berbeza mengikut model. Secara umumnya, perkhidmatan pembersihan biasa harus dilakukan sekali setiap tiga bulan dan pembersihan kimia dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.  Pada masa kini, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang menarik seperti boleh dapat diskaun jika mereka mendaftar kontrak tahunan dengan syarikat tersebut atau menawarkan sekali servis percuma bagi setiap tiga kontrak tahunan mereka. Sangat berbaloi!

Syarikat perkhidmatan penghawa dingin menyediakan kerja-kerja perkhidmatan bagi premis kediaman dan komersial. Perkhidmatan penghawa dingin asas boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang berbeza seperti  di bawah:

  1. Servis kali pertama / penyelenggaraan penghawa dingin
  2. Pembersihan kimia / servis pembersihan
  3. Pemeriksaan / penyelesaian masalah kerosakan penghawa dingin

Penerangan:

Perkhidmatan penghawa dingin adalah termasuk pembersihan fancoil dalaman dan kondeser luar, pembersihan paip saluran (untuk mengelakkan kebocoran) dan semakan kesihatan umum sistem penghawa dingin anda.

Skop kerja:

  • Bersih & selenggara penapis udara
  • Pastikan penapis tidak berbau dan dibersihkan
  • Memastikan gegelung penyejat tertutup bersih
  • Vakum sistem perparitan
  • Bersih & memastikan condenser gegelung luar
  • Periksa bearing kipas dan letakkan minyak pelincir(jika perlu)
  • Periksa pemampat sedutan dan pelepasan tekanan
  • Ujian dan semakan sistem

Banyak kebaikan yang kita dapat jika kita menggunakan perkdmatan penghawa dingin seperti mengelakkan dari masalah kebocoran air bersih, elak dari sistem bermasalah, lebih bersih dan udara lebih sihat dan ia juga dapat meningkatkan kecekapan penghawa dingin.