Penghawa dingin mudah alih adalah unit ini direka bentuk untuk dialihkan dengan kerap, semua penghawa dingin mudah alih mempunyai roda untuk membantu anda menggerakkan ia ke mana saja anda perlukan. Selalunya penghawa dingin mudah alih antara pilihan yang terbaik untuk pangsapuri yang kecil berbanding unit penghawa dingin lain seperti unit di tingkap yang mungkin dilarang oleh tuan rumah atau peraturan perumahan swasta. Ia boleh dialihkan dari satu bilik ke bilik yang lain.
Penghawa dingin mudah alih tidak sama sekali dengan penghawa dingin di dinding kerana ia boleh di alihkan ke mana sahaja. Anda boleh menikmati udara sejuk dengan serta-merta dengan pemasangan yang ringkas. Walaupun anda mempunyai pusat udara, sebuah air-condition yang ringkas dan padat boleh menyumbang udara dingin di dalam bilik yang panas, terutamanya di tingkat kedua dan ketiga rumah atau pangsapuri anda.
Anda akan menyukai fleksibiliti yang ditawarkan oleh penghawa dingin mudah alih. Bukan sahaja ia boleh digerakkan ke mana sahaja tapi ia juga boleh disimpan dengan senang sama ada di dalam almari. Ciri-ciri seperti penentu masa, alat kawalan jauh dan kelajuan kipas yang berbeza membuatkan perkakas serba guna ini lebih membantu.
Penghawa dingin mudah alih masih perlu menggunakan tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari bilik melalui hos ekzos yang dikeluarkan melalui tingkap. Selalunya, memasang lubang ekzos di bingkai tingkap adalah cepat, mudah dan tidak melecehkan berbanding penghawa dingin yang lain tetapi ia masih mengambil beberapa minit untuk penyediaan yang betul. Malangnya, peralatan tingkap ini cenderung menjadi kelemahan pada air-cond mudah alih; pemasangan yang tidak betul boleh mengakibatkan kebocoran udara panas melalui tingkap bilik yang anda ingin sejukkan.
Adakah penghawa dingin mudah alih sesuai untuk anda?
Perkara yang membezakan penghawa dingin mudah alih dengan yang lain adalah kemudahalihannya. Ia direka untuk menolong anda sentiasa selesa walau di bilik mana anda berada. Jika anda mencari penyelesaian jangka masa panjang untuk menyejukkan bilik di rumah anda, penghawa dingin dinding adalah pilihan yang terbaik. Kerana ia adalah kelengkapan kekal di rumah anda. Jika anda mencari penambahan kekal di dalam rumah, anda boleh membaca ulasan-ulasan kami tentang aircondition dinding.
Jika penyaman udara yang dipasang di dinding secara kekal bukan apa yang anda cari, anda boleh pertimbangkan penyaman udara di tingkap yang menggabungkan efisiensi unit dinding dan kemudahan pergerakan seperti unit portable mudah alih. Air condition ini, seperti namanya, diletakkan di bingkai tingkap. Unit ini bagus jika anda ingin bilik yang tertentu selesa, seperti bilik tidur, tetapi tidak mahu menebuk dinding untuk memasang unit tersebut
Penyaman Udara Mudah Alih – Apa yang kami nilai, apa yang kami dapati
Setelah di nilai terhadap unit penghawa dingin mudah alih, kami mempertimbangkan kebolehan menyejukkan dan efisiensi tenaga dengan lebih berat dari ciri-ciri dan elemen yang lain. Fungsi utama ialah mengawal suhu bilik anda dan memberi keselesaan. Oleh itu, kami mengambil kira kebolehan setiap unit untuk menyebarkan udara sejuk ke seluruh bilik, beroperasi dalam pelbagai mod untuk menjalankan fungsi yang berbeza dan beroperasi dengan efektif.
Kami mengambil kira tentang efisiensi tenaga dan kos operasi tahunannya. Jika efisiensi tenaga adalah penting untuk mengurangkan bil elektrik anda.
Semasa proses dijalankan, ciri-ciri mudah guna seperti mod operasi pelbagai unit tersebut. Setiap unit yang telah diperiksa mempunyai alat kawalan jauh dan penentu masa yang boleh diprogram, jadi anda boleh mengawalnya dari jauh dan setkan ia untuk buka atau tutup pada masa tertentu.
Reka bentuk juga dipertimbangkan. Jika anda inginkan unit mudah alih, pastikan ia cukup ringan untuk dialihkan dari bilik ke bilik dengan mudah. Bolehkah anda tidur apabila unit sedang digunakan? Anda perlukan masa untuk membiasakan diri dengan unit yang bising atau mungkin terlalu bising jika digunakan. Purata tahap desibel ia mudah alih ialah 52 desibel, bersamaan dengan tahap kebisingan perbualan normal antara dua orang.
Akhir sekali, jika anda ingin penghawa dingin mudah alih, pastikan pengilang mempunyai sumber tertentu yang boleh membantu jika ada apa-apa masalah atau soalan secara umumnya.