Perkara yang sering berlaku adalah masalah penghawa dingin tidak sejuk. Mari kita bincangkan 10 masalah yang menyebabkan penghawa dingin tidak sejuk. Harap dengan apa yang kita bincangkan dapat membantu anda dalam mengenalpasti puncanya.

Tetapan thermostat yang salah
Anda boleh setkan thermostat anda ke ‘ON’ daripada ‘AUTO’ ini akan membuatkan penghawa dingin akan meniup udara walaupun tidak diperlukan.  ‘AUTO’ akan meniup udara bergantung kepada suhu dalam bilik. Tukar tetapan anda untuk melihat sebarang perubahan.

Penapis tersumbat
Penapis penghawa dingin anda mungkin tersumbat dengan debu dan kotoran. Hal ini, menghalang ia dari mengudara sejuk sekitar rumah dan pejabat. Penapis haruslah di tukar pada setiap bulan.

Kompresor tersumbat
Kompresor hendaklah sentiasa bersih. Kompresor mestilah bebas dari halangan seperti rumput dan pokok. Ini kerana ia dapat menghasilkan udara dingin dalam rumah anda. Pastikan tumbuh-tumbuhan sentiasa dikemaskan. Jika masih tidak dapat diselesaikan hubungi profesional.

image from absolutesolutions.com.sg

Kekurangan gas penyejuk
Ini juga salah satu sebab kerana tahap penyejuk yang rendah boleh disebabkan oleh kebocoran.  Jika perkara ini berlaku, hubungi servis pembaikpulih untuk membantu anda. Mereka akan tambah gas untuk mencegah kebocoran.

image from beyondheatingandcooling.com

Paip saluran tersumbat
Penghawa dingin menyingkirkan lembapan malah ia juga menghasilkan air.  Air akan dibuang melalui saluran paip tetapi perkara ini menyebabkan tersumbat. Oleh sebab itu, penghawa dingin terpaksa bekerja lebih untuk menghasilkan udara yang sejuk.

image from thebestminisplit.com

Kompresor yang rosak
Perkara jarang sekali berlaku, pastikan anda periksa pelindungan bahan lebih dan kapasitor kopresor untuk sebarang kerosakan.  Kompresor perlu ditukarkan oleh seseorang yang lebih berkemahiran.

Masalah gegelung
Gegelung hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih kalau tidak ia menjadi kurang efisien.  Ini mengakibatkan penghawa dingin anda perlu bekerja keras untuk sejuk. Gegelung kondeser boleh dibersihkan tetapi agak susah kerana ia melibatkan bahagian sistem tersebut. Jika tidak pasti minta bantuan pembaikpulih profesional.

image from resulthomeservices.com

Kerosakan saluran udara
Jika saluran udara bagi sistem HVAC anda rosak ini akan menghalang udara untuk keluar.  Jika ini yang berlaku, anda perlu hubungi pakar untuk menutup kembali saluran udara tersebut.

image from nearsay.com

Roda kipas tidak berfungsi
Anda hendaklah memeriksa kipas di bahagian dalam sama ada ia berfungsi atau hanya berdengung.  Jika ia berfungsi kapasitor adalah penyebab udara panas penghawa dingin anda. Jika tidak motor mungkin perlu diganti.

Baikpulih secara kimia
Jika penghawa dingin anda terlalu lama hanya dua pilihan sama ada membaikpulih atau mengganti dengan penghawa dingin yang baru. Jika bahagian-bahagian tidak dapat diperbaiki anda perlu beli sistem yang  baru.

image from duct-cleaning-pasadena-tx.com

Pakar servis penghawa dingin

Pakar penghawa dingin telah menangani beri-ribu soalan berkenaan penyaman udara. Seseorang pakar dalam bidang ini dapat mengenal pasti mengapa penghawa dingin anda tidak sejuk dan membaiki apa sahaja masalah anda.